Selamat Hari Kebangsaan,Malaysia

Wahai saudari dan saudara,
Satu puisi sempena merdeka,
Sudah lama saya tak guna bahasa,
Karat sikit harap kalian tak kisah.

Hampir lupa Malaysia umur berapa,
Sejak sekolah tak sentuh sejarah,
Tapi masih ingat bila hari merdeka,
Matilah saya kalau itu pun lupa.

Kata Wiki,ini kali empat puluh sembilan,
Bangsa Malaysia meyambut hari kemerdekaan,
Bukan senang bebas dari penjajahan,
Demi kita yang hidup dalam kemakmuran.

Orang kata kini tak boleh tulis politik,
Kutuk sikit,orang kata tak patriotik,
Tapi saya ingat kita kan negara demokratik,
Kenapa rasa macam zaman neolitik.

Datuk-datuk,janganlah cakap sebarang,
Fikir dahulu sebelum kata,
Sendiri cakap salahkan orang,
Tengok dahulu salah siapa.

Banyak kali datuk kita misquoted ceritanya,
Tapi jarang dengar cerita sebenarnya,
Mana salah,mana benar rakyat tanya,
Jangan sangka rakyat skarang bodoh punya.

Sudah lama negara Malaysia tak perang,
Apa ini hulurkan keris,tunjukkan berang,
Bukannya wayang lagi tapi dalam parlimen,
Macam ini panggil contructive argument?

Belum undi,hidup semuanya baik-baik,
Lepas undi,hidup kian hari kian sukar,
Harga barang melangit tapi gaji tak naik-naik,
Bukankah ku pernah dengar kempen inflasi sifar.

Mamak kata harga nasi lemaknya tak naik,
Tapi nasinya sudah bikin separuh kurang,
Kecil lagi dia bikin punya teh tarik,
Memang tak salah kata dia orang.

Beli teknologi baru bergunung ringgit,
Guna jutaan wang rakyat bagaikan semut gigit,
Kalau kepala kita masih pemikiran lama,
Di akhir hair,macam ini bukannya semua sama?

Sekian lama aku tak guna bahasa,
Nak teruskan puisi ni sememangnya seksa,
Harap puisiku masih difahami saudara,
Selamat hari merdeka negaraku,Malaysia.

Ingatkan boleh berpantun lagi dalam bahasa.Memang tidak tersangka betapa susahnya hendak mengarang dalam bahasa.Perbendaharaan kata dan pemahaman sudah banyak merosot berbanding dengan masa di bangku sekolah.Moga-moga aku tidak lupakan bahasa yang satu-satunya lambang anak Malaysia.Mungkin saya patut lebih kerap mengarang dalam bahasa bagi mengekalkan tahap penguasaan bahasa saya.Tapi,walaupun kerja ini nampaknya agak senang terutamanya bagi adik-adik yang masih di bangku sekolah,bukannya mudah bagi aku sebagai seorang pelajar perubatan di luar negara,di mana,semua bentuk penulisan adalah dalam bahasa Inggeris.Walaupun begitu,aku masih mengekalkan pendirian saya bahawa makanan di Malaysia,tiada negara lain yang boleh setanding dengannya.Agaknya,tiada tempat lain di muka bumi ini,kita boleh memperolehi makanan yang enak pada harga yang rendah.
Memang benar banyak peristiwa yang sudah berlaku sejak hari merdeka tahun lepas.Aku amat kesal dengan perangai setengah-setengah ahli politik yang menyemarakkan soal-soal perkauman semata-mata demi kepentingan diri.Walaubagaimanapun,aku lebih yakin dengan pentadbiran Pak Lah daripada pentadbiran perdana menteri yang lepas.Pada pendapat aku,Pak Lah lebih cermat dengan harta negara dan wang rakyat walaupun adanya hal-hal buruk yang berlaku.Kalau boleh selesaikan hal-hal itu,pentadbirannya memang amat lancar.Bukan senang bersihkan kerja buruk orang lain.Memang baik kalau kita bercita-cita tinggi,tapi janganlah sehingga menderitakan rakyat dengan beban faedah pinjaman wang berjumlah beratus juta ringgit.Apa yang rakyat perlukan bukannya bangunan pencakar langit ataupun projek-projek yang meletakkan negara kita di mata dunia,apa yang rakyat perlukan ialah keperluan asas sahaja dan kerajaan yang memenuhi keperluan tersebut.Projek besar hanya menguntungkan segelintir Datuk-datuk sahaja yang tidak melakukan tanggungjawab mereka merperjuangkan hak penduduk di kawasan awasannya.

Memang banyak hal yang harus diselesaikan pada saat ini.Memang ramai di kalangan kita yang tidak puas hati dengan pendirian kerajaan dalam hal-hal tertentu,terutama kawan-kawan yang kini berada di luar negara.Banyak pendapat yang bercanggah,banyak lagi persoalan yang tiada jawapannya.Tapi,sabarlah anak-anak Malaysia sekalian,aku percaya satu hari nanti,yang sesat akanlah nampak cahaya,yang lupa akanlah sedar,yang berjaya akanlah ingat.Memang ada masanya aku mempersoalkan niat negaraku terhadapku,tapi aku telah dididik agar jangan lupakan asal-usulku.Doalah,moga-moga,di kian hari,aku tidak akan lupa dihanyuti hujan emas di negeri orang.Aku memang tahu kata senang,kota susah tapi aku fikir wajarlah aku mencatatkan fikiranku di sini pada masa ini.
Aku berharap dan berdoa agar Malaysia akan terus maju bukan sahaja dalam ekonomi tetapi juga dalam pemikiran dan pencapaian.Majulah Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan.

3 Replies to “Selamat Hari Kebangsaan,Malaysia”

  1. Wah… Memang menyayatkan hati saya melihat saudara Siaw menulis pantun yang penuh inspirasi. Tidak dapat dinafikan keadaan negara sekarang tidak lah sebegitu ideal. Oleh itu saya mengharapkan saudara Siaw akan balik dan membetulkan masalah dimasa yang akan datang. Jangan bimbang… Saya akan mengundi anda jikalau anda terlibat dalam politik… haha…

  2. hey saudara anak kecik,
    saya terlajar belog anda dari doktor liew…. Bukankah ini baik untuk anda? Saya amat gembira yang anda telah dicuci dek doktor tu ke sebelah gelap. muhaahahh

    oh, ya… alamat yang saudara bubuh bagi laman saya, adalah salah. ‘A’ mari dulu, baru itu ‘E’.

    majulah belog untuk negara

  3. Banyak maaf,Tuan Michael.Memang tidak tersangka anda akan melayari belog saya ini.

    Berkenaan alamat laman andad,kesalahan ejaan itu sudah dibetulkan.Terima kasih atas pemerhatian anda berkenaan kesilapan itu.