Wahai kawan….

Wahai kawan janganlah susah hati,
Terus berusha tiap hari,
Hidup kerja biarlah budi pekerti
Balas baik Tuhan janji.

Waspada orang yang E.L. sering kali
Nanti “kakak” betul betul mati,
Ku orang tak kan bagi sympathy,
Harap cepat korang sedar diri.

Jilat kasut, jilat jari,
cakap banyak, tak de isi,
Makan ular, tak upgrade sendiri,
Nanti prosedur tak jadi, jangkit Hep B.

Jangan ingat boss mata sepit,
Boss juga ada yang fikir tak sempit,
Kenal siapa yang bakal Mat Rempit,
Tu orang yang bising macam pipit.

Jangan sedih kalau diperli,
Digoreng, disidai bawah pak mentari,
Maksudnya ada senior ambil peduli,
Sama ada anda hidup mati.